Saturday, July 11, 2009

To Put the WORLD RIGHT?!

Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda

Teori yang diperkenalkan oleh Muhammad Isa Dawud merangkumi dua teori mikro di bawahnya. Di dalam bukunya yang terkenal itu, beliau mengemukakan dua teori dalam satu tajuk. Teori pertama ialah Dajjal akan muncul dan teori kedua ialah Dajjal berada di Segitiga Bermuda.

Maksud Dajjal akan muncul sepanjang pengkajian kami terhadap karangan Muhammad Isa Dawud ialah Dajjal itu sudah sedia ada sejak ribuan tahun dahulu, berumur panjang, tidak mati dan sedang bersembunyi di tempat yang misteri iaitu Segitiga Bermuda.

Jika dibaca penulisan Muhammad Isa Dawud dan hujah-hujahnya, kita akan melihat bahawa Muhammad Isa Dawud mempercayai bahawa Dajjal bukan terkurung di sebuah pulau sekarang ini. Muhammad Isa Dawud percaya kurungan dan rantai besi yang membelit Dajjal sudah lebur dan Dajjal sudah terlepas bercampur-baur dengan masyarakat.

Teori Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah adaptasi dari hadith nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.”
(Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Teori yang yang dibawa oleh penulisnya iaitu Abu Fatiah Al-Adnani menerima sambutan yang hebat khususnya di Indonesia. Ianya diterbitkan oleh penerbit masyur dari Indonesia iaitu Granada Mediatama.
Teori yang dibawa oleh penulis ini juga seperti Muhammad Isa Dawud, tajuknya terkandung dua teori utama iaitu Dajjal telah pun muncul dan Dajjal itu ada di Khurasan. Kupasan ilmu dari penulis ini juga hebat dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah pengetahuan.

Kesimpulan

Kami berpendapat kedua-dua penulis ini bersetuju Dajjal adalah manusia yang bukan bersifat kelahiran semula. Ia membesar dari kecil seperti kebanyakan orang. Dajjal juga sudah sedia wujud sejak ribuan tahun dahulu dengan umur yang panjang.
Cuma yang membezakan kedua-dua teori dari Muhammad Isa Dawud dan Abu Fatiah Al-Adnani ialah kedua-duanya mempunyai pandangan peribadi tentang tempat tinggal Dajjal. Isa Dawud mempercayai Dajjal sekarang ada di Segitiga Bermuda dan Abu Fatiah percaya Dajjal berada di Khurasan.

Wallahu’alam …

No comments: